PUTERI GUNUNG LEDANG ; PERMINTAAN TANDA PENOLAKAN
Sepanjang tempoh RMO ni memang kakak tak banyak menghadap kerja dan kakak ambil peluang untuk mentelaah serba sedikit tentang sejarah Tanah Melayu untuk dikembangkan menjadi content kat blog ni – sayang lah nak dibiarkan je tanpa sebarang penulisan. Kan ? Kakak tertatik dengan kisah Puteri Gunung Ledang dan bayangan kecantikan yang diwar-warkan oleh orang dahulu kala.
Nah !! Kisah ringas tentang Puteri Gunung Ledang yang dikatakan masih ADA !! Hee~ Tetiba rasa macam entri seram plak kan, tapi tak lah !! Ini adalah sedikit palitan dalam sejarah yang perlu diketahui umum.
GUNUNG LEDANG
Gunung Ledang terletak di daerah Tangkak, Johor Darul Takzim mempunyai ketinggian 1, 276 meter dari paras laut ia boleh didaki melalui Sagil dan Asahan untuk sampai ke puncak. Kaki Gunung Ledang juga merupakan titik pertemuan antara tiga negeri iaitu Johor ( Tangkak ), Negeri Sembilan ( Gemas ) dan Melaka ( Jasin ). Nama LEDANG dikatakan berasal daripada Jawa ketika pemerintahan Empayar Majapahit yang membawa maksud Gunung Dari Jauh atau Gunung Paling Jauh. Di keliling puncak Gunung Ledang terdapat tujuh lagi puncak gunung yang rendah dimana setiap satunya mempunyai lagenda tersendiri.
Salah satu puncak yang dinamakan Gunung Gemih dikatan mempunya sebuah gua emas yang dikawal oleh penunggunya iaitu seekor lembu emas. Tercatat juga dalam lembaran sejarah, Laksamana Cheng Ho dikatakan pernah melawat lombong emas di Gunung Ledang, beliau dikatakan turut membawa beberapa bongkah emas untuk dipersembahkan kepada Maharaja China. Menurut Kolonel Gerini ( 1904 ), Gunung Gemih pernah menjadi pusat perlombongan emas bagi orang Melayu Melaka sehingga tahun 1817 manakala menerusi catatan pada tahun 1894, Rounsevelle Wildman yang merupakan seorang penulis terkenal dari Amerika Syarikat dikatakan pernah menemui seketul logam yang diambil dari kawasan lombong di tebing Sungai Gemih yang apabila dileburkan ia mengandungi emas.
PUTERI GUNUNG LEDANG
Lagenda Puteri Gunung Ledang masih berlegar-legar menjadi buah mulut masyarakat Melayu yang mempercayai kekuasaan Allah SWT tentang kewujudan golongan jin iaitu bunian. Kepercayaan terhadap Puteri Gunung Ledang merupakan golongan bunian dikuatkan lagi apabila orang-orang tua mengatakan Gunung Ledang merupakan perkampungan jin. Memberi bayangan kecantikan Puteri Gunung Ledang yang dikatakan boleh menjelmakan diri sebagai nenek tua bertongkat ( nenek kebayan ) dan juga menampakkan dirinya kepada manusia sebagai seorang wanita yang sangat cantik.
Namun !!
Disebalik cakap-cakap orang lama, ada juga yang memberitahu Puteri Gunung Ledang sememangnya seorang manusia yang dikenali sebagai Raden Puteri Mas Nyawa dan juga Puteri Siti Jamilah binti Sultan Alam Fattah al-Akbar yang berasal dari Tanah Jawa yang dihantar oleh ayahandanya untuk menuntut ilmu agama di Pulau Besar, Melaka. Baginda Puteri dan pengikutnya telah berpindah ke Gunung Ledang untuk bersuluk dan mendekatkan diri dengan Maha Pencipta.
Disebalik cakap-cakap orang lama, ada juga yang memberitahu Puteri Gunung Ledang sememangnya seorang manusia yang dikenali sebagai Raden Puteri Mas Nyawa dan juga Puteri Siti Jamilah binti Sultan Alam Fattah al-Akbar yang berasal dari Tanah Jawa yang dihantar oleh ayahandanya untuk menuntut ilmu agama di Pulau Besar, Melaka. Baginda Puteri dan pengikutnya telah berpindah ke Gunung Ledang untuk bersuluk dan mendekatkan diri dengan Maha Pencipta.
Ilustrasi : Tuan Zaidi Zainal |
Dalam karya agung Sulalatus al-Salatin ( sejarah Melayu ) Tun Sri Lanang yang dikenali sebagai salah seorang bijak pandai dan pengarang ulung bangsa Melayu mengisahkan tentang Sultan Mahmud yang setelah kematian isterinya, berhasrat meminang Puteri Gunung Ledang. Baginda yang tidak mahu beristerikan puteri raja biasa menitahkan Hang Tuah, Tun Mamat, Sang Setia dan beberapa orang hulubalang melamar Puteri Gunung Ledang.
“..yang kita kehendaki barang yang tiada pada raja-raja yang lain,
itulah yang hendak kita peristeri. Akan sekarang,
kita hendak menyuruh meminang Puteri Gunung Ledang..”
- Sultan Mahmud
Setelah rombongan peminangan meredah hutan beberapa hari, akhirnya Tun Mamat bersama pengiring tiba di Gunung Ledang manakala Hang Tuah yang telah uzur tidak dapat meneruskan pendakian ditemani oleh Sang Setia. Memberi gambaran laman yang sangat cantik, Tun Mamat telah bertemu dengan Ketua Dayang kepada Puteri Gunung Ledang bagi menyampaikan hajat Baginda Sultan Melaka. Kesekian lama menunggu jawapan, akhirnya muncul seorang nenek bongkok tiga menyampaikan perkhabaran dari Puteri Gunung Ledang yang meminta :
- Jambatan emas dari istana Melaka hingga ke puncak Gunung Ledang
- Jambatan perak dari puncak Gunung Ledang ke istana Melaka
- Tujuh dulang hati nyamuk
- Tujuh dulang hati kuman
- Tujuh tempayan airmata anak dara
- Tujuh tempayan air pinang muda
- Semangkuk darah Raja Muda Melaka iaitu Raja Ahmad Shah
Bukan Tun Mamat je terkejut mendengar syarat yang diinginkan oleh Puteri Gunung Ledang, kakak pun pitam sekejap. Hee~ Tapi dah nama pun PUTERI kan, mesti lah demand kena baikkkkkk punya.
Selesai je urusan permintaan hantaran tu, Tun Mamat pun turun menemui semula Hang Tuah dan menceritakan perihal tersebut. Em—Secara tersiratnya memang dah tau dah Puteri Gunung Ledang menolak peminangan Sultan Mahmud secara berkias dengan mengadakan permintaan yang tak masuk akal, nak tak nak tetaplah disampaikan juga kepada baginda. Menuruti pembacaan kakak, ada beberapa versi yang kurang pasti mengenai penyampaian syarat peminangan :
- Hang Tuah enggan kembali ke istana untuk menyampaikan syarat peminangan sebaliknya beliau menghilangkan diri dalam sungai dan hanya Tun Mamat pulang ke istana untuk menghadap Sultan Mahmud
- Hang Tuah sendiri menghadap baginda Sultan Mahmud bagi menyampaikan syarat peminangan dari Puteri Gunung Ledang
Namun.
Tanpa memahami maksud tersirat disebalik syarat peminangan, Sultan Mahmud telah mengerah seluruh rakyat mengorbankan jiwa dan raga bagi memenuhi kehendak baginda yang mahu memiliki isteri yang bukan biasa-biasa. Dan sudah tentunya negara menjadi kacau bilau kerana rakyat dikerah siang dan malam untuk pembinaan jambatan emas dan perak sehingga emas dan perak milik kerajaan dilebur – tak cukup gais !! Dirampas pulak rakyat jelata punya !!
Tak cukup kat situ je, anak dara di Melaka dikerah dan dipaksa menangis untuk mendapatkan tujuh tempayan airmata dan rakyat lain turut dikerah mendapatkan pinang muda untuk diperah airnya – sesiapa pun tahu ia adalah sangat mustahil kerana airmata mudah tersejat ( mudah kering ) manakala pinang muda tidak berair. Akhirnya—Berjaya juga lah kesemua permintaan ditunaikan dari jambatan, airmata sampailah ke air pinang muda tu.
Serius tak masuk akal. Hee~
Cuma satu tu lah.
SEMANGKUK DARAH RAJA MUDA, RAJA AHMAD.
Diceritakan, baginda Sultan Mahmud tak sampai hati nak bunuh anakandanya yang masih kecil tapi dicuba-cuba juga untuk menikam dada Raja Ahmad yang sedang beradu dan ketika itu muncullah Puteri Gunung Ledang di hadapan Sultan Mahmud yang menzahirkan rasa kecewanya. Nah !! Klimaks dari pembacaan kakak menerusi beberapa jurnal dan wikipedia, ada yang mengatakan akhirnya Sultan Mahmud ‘disekolahkan’ kerana sanggup menindas rakyat dan menggadaikan zuriatnya sendiri kerana ingin memilik wanita yang langsung tidak pernah dikenali.
Pengakhirannya tentulah Baginda Sultan insaf dan tak jadilah menikahi puteri yang baginda nak sangat tu.
Semua kisah tak habis kat situ je sebab kakak baca banyak versi dan salah satunya mengatakan, semua permintaan Puteri Gunung Ledang tak pernah wujud pun – Tun Mamat dan Hang Tuah mereka-reka cerita untuk memberi tahu bahawa pinangan Baginda Sultan ditolak – gile nak bagitau terus :
“Ampunkan patik beribu ampun, Tuanku. Pinangan Tuanku telah ditolak oleh Puteri Gunung Ledang..”
Takkan gitu kot kan, mau bercerai kepala dari badan gamaknya. Hee~
Ada juga versi yang mengatakan Sultan Mahmud gagal menunaikan kesemua syarat sekaligus menjelaskan jambatan yang diminta tidak pernah dibina langsung !!
Mesti korang yang muda-muda susah nak brain kan ? Hee~
Ya !! Kakak pun macam payah nau nak brain tapi kakak PERCAYA tentang kekuasaan Allah SWT dan kemampuan Dia untuk menghidupkan golongan jin dan manusia dalam masa yang sama. Ibarat kehidupan kita dan golongan jin ni antara telapak tangan – sebelah menyebelah. Apa pun, berbalik kepada kajian dan rujukan yang lebih berpengalaman. Korang bacalah apa segala jurnal tetapi jangan lupa mengkaji supaya korang tak salah faham dengan penjelasan sejarah.
Mana yang baik kita ambil teladan.
Mana yang tak baik kita jadikan sempadan.
Pssstttttt--
Menerusi catatan Hikayat Hang Tuah, sultan yang meminang Puteri Gunung Ledang adalah Sultan Mansor - bukan Sultan Mahmud. Hee~
Menerusi catatan Hikayat Hang Tuah, sultan yang meminang Puteri Gunung Ledang adalah Sultan Mansor - bukan Sultan Mahmud. Hee~
LOVE ;
ATIE ADNAN
Banyak versi kan kisah puteri gunung ledang. Tapi seronok bila baca kisah kisah zaman dahulu kala. Tak mustahil puteri gunung ledang ni wujud cuma tulah versinya banyak sangat sampai kita pun terfikir betul ke tak
ReplyDeleteTak tumbuh tak melata, saya dah tanya puteri nape minta itu semua, dia jawab untuk melaksanakan amanah sebagai bakal penasihat raja yang paling rapat agar memenuhi tanggungjawab nya sebagai cogan alam, cogan adat dan cogan agama. Semua permintaan itu berkisar kepada kelemahan institusi orang melayu dimasa ini. Sungguh indah jawapan dari puteri, kalau nak tau kenapa puteri nak itu semua,, awak kena tulis, itulah syarat yang dikenakan. Saidatina Aisyah Radhiallahu kata kalau nak ingat kena tulis. Boleh tolong tulis, wahai puteriku Mimie
Deletemaaf.. sultan yang meminang puteri gunung ledang, adalah sultan mahmud sebab sultan mahmud antara sultan yang sangat kejam. info dari bacaan buku sulalatus salatin ;)
ReplyDeletebetul tu.. saya ada nyatakan di atas :)
DeleteTahun 1983, kali pertama saya tatap gunung ledang buat kali pertama. Pada masa itu saya berada disebelah utara gunung ledang. pada sebelah malamnya, saya berbaring di tepi tasik, saya renung kearah puncak, hati saya berbisik, betul ke cerita PGL. Saya berkata kepada hati, satu hari nanti aku akan singkap misteri gunung ini. Tahun 1993 saya bertukar kerja kemelaka, Alhamdulillah inilah peluang dan inilah masanya. Satu demi satu ekspedisi saya aturkan, menjejak denai, menjejak gua, menjejak sungai, menjejak air terjun dan pelbagai lagi aktiviti. Setiap ekspedisi diletakkan misi yang hendak dicapai. Setiap kali ada masa terluang akan saya penuhi dengan menziarahi gunung, dah tak kira masa, pukul 3 pagi pun jadi. Adakalanya dalam perjalanan di hiway PLUS sempat keluar tol Tangkak semata-mata nak ziarah gunung, dengan baju melayu pulak tu, lepas hadir majlis tilawah Al-Quran. Bayangkan dengan baju melayu jam 3 pagi panjat sampai puncak. Dari banyak ekspedisi, banyak orang Saya jumpa dan banyak tempat saya kenal, seperti masjid agung, puncak mahligai, burit dan haluan kapal yang pecah dan gelanggang silat raja gondang, guru nya hang Tuah. Tak kurang juga pengalaman mistik kami lalui. Akhirnya dengan izin Allah SWT dapat saya akan jawapan nya, kenapa tuan puteri minta 7 permintaan tersebut. Sungguh berkias, sungguh berfirasat, sungguh bertepatan permintaan itu dari seorang raja yang dimahkotakan dengan cogan alam, cogan adat dan cogan agama..nak tau apa tuan puteri sembang,, tanyalah, tak boleh cerita kat sini, nanti orang ciplak, dah tak ori, macam kelapa ditebuk tupai..tu saja buat masa ini rihat dulu, penat mendaki dan menuruni gunung pun belum hilang,,bye bye
ReplyDelete