SERVIS FACIAL MUKA YANG BEST DI CHERAS

Sebut je pasal kecantikan sudah pastinya sinonim dengan wanita dan kakak sendiri takkan melepaskan peluang merebut promosi yang sering dilakukan oleh The Beauty Expert Academy pada sepanjang tahun 2019 ni.

Spa Muslimah in Kuala Lumpur

Ye lah !! Takkan asyik korang je yang nak cantik, kakak nak juga. Hee~

Memang susah untuk kakak konsisten menjaga kecantikan kulit lagi-lagi pada bahagian muka yang selalu terdedah dengan kosmetik dan juga kekotoran berpunca dari persekitaran. Kalau badan tak sihat, kulit muka akan menunjukkan perubahan yang paling ketara.


THE BEAUTY EXPERT ACADEMY


Dengan jadual kerja kakak yang tak menentu dan perlu nampak berseri-seri setiap kali ada jemputan dari client membuatkan kakak sedikit risau bila kulit muka kakak tak sihat, nampak kusam dan berjerawat. Em-- Masa tu memang rasa nak menyorok dan memerap kat rumah tanpa berjumpa dengan sesiapa.



Segan !!

Tapi sampai bila nak menyorok ? Memang sepatutnya kakak cari jalan penyelesaian untuk mengembalikan kesihatan kulit yang dah pun berusia 33 tahun ni. Nasib baik The Beauty Expert Academy yang terletak di Jalan Suadamai, Cheras berjaya menambat hati kakak pada rawatan pertama sebelum ni dan hati kakak dah tertambat di sana. Hahahaha~ Comel kan ?




Kalau sebelum ni kakak buat rawatan kecantikan Sulam Bedak yang menampakkan kesan seawal satu hari dan kakak sangat berpuas hati – sudah tentunya kakak berharap rawatan selanjutnya dapat membantu mencantikkan lagi kulit kakak. Tapi korang kena tahu tau, CANTIK bukan sekadar cantik sebaliknya fokus kakak adalah untuk mendapatkan kulit yang sihat.


SPA MUSLIMAH, CHERAS


Kali ni kakak buat rawatan yang EXTREME sikit sebab kakak bakal menyambut ahli keluarga baharu disebelah suami, kena lah nampak cantik dan segar pada hari persandingan adik ipar kakak - kakak pengantin lah katakan. Hee~

Di The Beauty Expert Academy menawarkan pelbagai rawatan kecantikan dari hujung rambut hingga hujung kaki khusus untuk wanita sahaja dan ini menjadikan The Beauty Expert Academy spa muslimah termurah di sekitar Cheras. Haa-- Macam mana kakak tahu ? Hee~ Sudah tentulah kakak buat kajian sebelum kakak singgah untuk mendapatkan rawatan. Perkhidmatan yang terbaik pada harga berbaloi - siapa yang tak nak ?

Kesan Sampingan Sulam Bedak

Jumlah keseluruhan rawatan yang kakak buat haritu bernilai RM 499.00 dengan menggunakan lima jenis mesin kecantikan dan beberapa teknik manual menggunakan jari seperti mengeluarkan blackhead dan whitehead serta mengurut pada bahagian leher dan kepala. Fufff-- Dia punya lega memang lain macam.

Sama seperti rawatan kecantikan dan kesihatan kulit, juruterapi akan mencuci kulit muka dahulu bagi memastikan tiada sebarang kotoran mahupun kosmetik yang boleh menghalang kulit menyerap kebaikan daripada produk yang akan digunakan. Dilayan bak puteri, confirm korang pun akan terlelap sepanjang rawatan dilakukan.

Muslimah Spa in Selangor

Salah satu teknik rawatan yang disarankan kepada kakak oleh juruterapis adalah LED Phototherapy ( bebas pancaran UV ) yang dapat membantu meningkatkan pengeluaran kolagen dan merawat masalah jerawat yang sedia ada. Terasa ada sedikit getaran pada kulit semasa pemakaian topeng ni. Hee~



FAKTA : LED merupakan satu-satunya alat estetik yang tidak mempunyai sebarang kontra 
- indikasi dan ia sangat baik untuk semua jenis kulit.


Selesai bertopeng segala, juruterapis melakukan extraction facial untuk mengeluarkan bintik-bintik hitam dan putih secara manual. Hee~ Sama macam kita picit jerawat sendiri juga lah tapi di The Beauty Expert Academy, korang boleh memilih untuk menggunakan besi ataupun penyedut - ikut korang punya tahap ketahanan terhadap sakit tu lah.

Habis merah-merah muka kakak dirawat dengan pancuran air halus untuk menyeimbangkan air pada kulit muka kakak. Terasa tajam tajam air terkena pada kulit. Kulit pun terasa lebih segar dan lembap.

Petua Kecantikan Wanita Melayu

Sebelum kakak dipakaikan mask sejuk essential arbutin ni, juruterapis melakukan urutan paling popular dikalangan peminat kecantikan untuk mengurangkan kekenduran pada kulit wajah iaitu LIFTING ; khusus untuk merangsang peredaran darah ke kulit disamping membantu pertumbuhan sel yang baharu.

Paling best, urutan ni dapat mengembalikan elastik pada kulit dan otot wajah. Hee~ Best kan ?




Kalau tanya kakak sama ada kakak berpuas hati dengan harga dan hasil yang kakak terima daripada rawatan tersebut, sudah tentunya YA !! Kulit muka kakak yang pada mulanya kusam akibat tak cukup rehat kini tampak segar dan kemerah-merahan. Kalau nak putih tu tidak lah sebab kulit kakak memang sawo matang. Hee~ Tapi nampak kulit bersih dengan tona warna yang sekata.

REPEAT ?
YA !!

Promosi Merdeka 2019
Antara produk yang ada di The Beauty Expert Academy - korang boleh beli dan guna !!

Ada rezeki lebih nanti, kakak akan singgah semula bila ada kelapangan. Hee~ Tak dapatlah nak singgah selalu sebab kerja memang banyak dan kata juruterapi kakak haritu rawatan yang kakak buat boleh bertahan selama tiga bulan. Kakak cuma kena maintain jaga kesihatan kulit dengan menggunakan produk yang sesuai.

Korang nak cantik jugak ?

INSTAGRAM : https://www.instagram.com/thebeautyexpertcheras

Boleh call atau whatsapp mereka untuk sebarang pertanyaan promosi yang ada --> THE BEAUTY EXPERT ACADEMY


Sulam Bedak

Jangan cantik sensorang, kan lebih baik korang share artikel ni kat kawan-kawan atau adik-beradik perempuan korang. Pergi berkawan best sikit kan ? Hee~

Kalau nak ajak kakak lagi pun boleh !!


LOVE ;
ATIE ADNAN

1 comment:

  1. wowww patut la semakin semakin semakinnnnnn syantiksss kakak ni

    ReplyDelete

Powered by Blogger.