16 July 2018

BONDAHAVEN ; BUTIK PAKAR PENYUSUAN BAYI PERTAMA DI MALAYSIA

ehemmm.. tak lah.. kakak tak pregnant dan seumpanaya pun.. hee~ tapi kakak sempat explore satu butik rare yang terletak di Bandar Baru Bangi yang menawarkan servis rare jugakkkk.. ha.. mana nak dapat Butik Penyusuan Bayi kat Malaysia ni.. belum ada kan ?

bondahaven

menjadi yang PERTAMA sudah tentunya membuatkan pengguna meletakkan satu expectation yang sangat tinggi terhadap perkhidmatan dari BONDAHAVEN tapi tu la tu.. kalau kakak kata kakak puas hati, mesti korang tak percaya jugak kan ? hee~ jom !! kita explore apa yang ada di Bondahaven – Breatfeeding Specialist And Spa yang terletak di Bandar Baru Bangi, Selangor ni..

menjadi yang antara yang pertama menerima jemputan eksklusif dari pihak Bondahaven, kakak sangat skeptikal dengan frasa ‘breastfeeding’ nih.. ye la.. anak-anak kakak kan dah besar dan tak de sape pun yang mahu disusukan kat rumah ni.. hahaha~ tapi tak pe la.. kakak try jugak la kan.. ya !! tanpa buat sebarang rujukan, ternyata kakak salah besarrrrrrrrrrr..


BONDAHAVEN ; BREASTFEEDING SPECIALIST AND SPA


penyusuan adalah saat yang indah dan memberi 1001 kelebihan untuk ibu dan bayi.. tapi !! kalau emosi ibu tak best bermaksud proses penyusuan BAKAL terganggu dan i boleh menjadi semakin sukar apabila ibu tidak mendapat sokongan dari suami mahupun ahli keluarga.. emm.. dan itu adalah alasan kukuh Bondahaven menabur khidmat untuk para ibu yang memerlukan..

malaysian_parenting_blogger_2018

menggabungkan teknik Sains moden dan tradisional Melayu, penjagaan ibu sebelum dan selepas bersalin sangat penting bagi membolehkan emosi ibu tidak terganggu dan di Bondahaven hanya pakar bertauliah sahaja akan mengambil tanggungjawab memberi perkhidmatan terbaik mereka.. turut menawarkan pelbagai pakej seperti :

  • pakej urutan
  • rawatan kecantikan
  • manicure dan pedicure
  • terapi pembentukan badan

menjadikan Bondahaven pusat sehenti kecantikan untuk wanita umumnya dan muslimah khususnya mana tidaknya kalau dalam satu tempat ada semuanya.. hee~ tak payah la pergi tempat lain kan..

bondahaven_bandar_baru_bangi

sebagai ibu yang juga merupakan tulang belakang setiap keluarga dan tempoh berpantang seharusnya menjadi tempoh berehat untuk merawat dan memulihkan tenaga yang hilang sebab tu lah kesihatan mental dan fizikal sangat penting.. selaras dengan Tahun Memperkasakan Wanita 2018, Bondahaven berbangga menjadi salah satu institusi yang dapat bersama-sama dengan wanita yang mahukan kehidupan dan kesihatan yang jauh lebih baik.. nah !! lepak di Bondahaven juga merupakan kenangan terbaik yang kakak pernah ada..

bondahaven_breastfeeding_specialist_bangi

jangan lupa tanyakan Bondahaven tentang pakej untuk ibu berpantang tau !!

BONDAHAVEN ; BANTU ANDA BERPANTANG DENGAN AWESOME !!


SPA MUSLIMAH


kakak kan tak de kaitan lansung dengan penyusuan dan melahirkan.. hee~ jadi !! kakak manfaatkan masa anak-anak di sekolah dengan metime dan kegemaran setiap wanita adalah berurut untuk melegakan setiap lelah sepanjang hari menguruskan rumahtangga dan keluarga.. ya !! kakak buat temujanji untuk sesi urutan tradisional selama 90 minit.. fuff—mula-mula tu berdebar jugak la sebab dah lama tak berurut kan..

sekali kena, memang selesa sangat urutannya, al-maklumlah di Bondahaven hanya pakar yang bertauliah sahaja akan diambil bekerja bagi memastikan kepuasan pelanggan.. dan !! kakak dilayan bagai Ratu yang memiliki takhta selayaknya.. hahahaha~ untuk sesi 90 minit tersebut, kakak juga diajar bagaimana menjaga peranakan supaya kekal sihat dan apa yang perlu kakak lakukan sekiranya kaki kakak sakit lagi..


ha’ah.. kakak kan biasa pakai kasut tumit tinggi dan sesekali kaki kakak akan menerima tekanan sakit yakmatttttt, memang sampai menitik airmata jugak la dok menahan sakit.. hee~

28576667_176981759693003_8030148148596996796_n

SELEPAS DUA HARI..

ya !! pada malam kakak balik dari Bondahaven, terasa jugak la badan sakit-sakit akibat ditekan sepenuh rasa oleh Physioterapist yang melayan kakak.. hahaha~ memang best tapi terasa sakit.. tapi pada keesokkan harinya badan kakak lebih ringan dan sakit-sakit semalam tu tak terasa dah..

selepas dua hari rasa bedan lebih ringan dan sakit pada tumit kaki kakak tak terasa dah.. wah !! mungkin sebab perjalanan darah pada kaki dah lancar.. kot la kan.. kakak tak sempat nak tanya dorang.. Physioterapist tersebut juga berpesan kat kakak supaya menjaga makan dan jangan biarkan perut kosong selalu sebab angin yang berkumpul dalam perut boleh mengakibatkan sakit kepala..

okay !!

spa_muslimah_bandar_baru_bangi

sekarang barulah kakak tau cara penjagaan diri kakak tak betul.. hahaha~ bukan jek mengurut tapi kakak juga mendapat sedikit sebanyak ilmu yang bakal membantu kakak menjadi SUPERMOM !! cayalah !! mana la Bondahaven jumpa staff dorang ni seme ntah.. baik baik dan manis belaka termasuklah cara mereka bercakap, sangat lembut dan berhemah..

in shaa Allah..

kakak akan kembali untuk treatment seterusnya dan kalau korang nak juga metime macam kakak, korang boleh explore link kat bawah ni..


dan !!

korang akan dapat diskaun 10% kalau korang singgah mendapatkan perkhidmatan di Bondahaven pada jam 3.00 petang – 6.00 petang pada setiap hari !!

blogger_malaysia

4 comments: