STEP BY STEP ; CARA MUDAH KIRA BONUS SHAKLEE

haa.. mesti ramai orang sekeliling korang dok borak borak pasal Shaklee kan.. hee~ ade tu siap sampai kerat jari keluar darah pun ikut kaler hijau Shaklee.. haa.. jangan main main sebab ade yang makan - minum - tido - shopping - mandi - berak ; Shaklee jugak.. tak de benda lain disebutnya..

asalnya jadi ahli nak dapat harga murah alih alih TER dapat bonus plak.. gile tak terkejut ? terkejut satu hal, happy dah tentu la kan.. baru tau rupanya dengan consume produk kesihatan pun boleh buat duit, hujung jari plak tu.. * ini kakak le.. hee~ * ye la.. sape nak kasik kita RM 200.00, RM 2000.00 atau berapa jek income yang kita nak ? * nih yang kakak nak cerita nih.. baca pelan pelan eh.. faham dan hadamkan.. *


DARI MANA DATANGNYA BONUS SHAKLEE ?

dalam Shaklee, TAK DE bonus untuk sign up ahli baru dan TAK DE bonus untuk pairing yang biasa MLM lain buat tapi bonus diberikan melalui prestasi hasil jualan yang dibuat dan prestasi kepimpinan semata-mata.. telus kan ? halal kan ? hee~


UNTUNG RETAIL

ini paling asas yang semua ahli Shaklee kena tau kalau nak mulakan perniagaan.. format dia [ HARGA JUAL - HARGA KOS = UNTUNG ]

contoh : harga pasaran ( harga jual ) produk A = RM 200.00
            harga ahli ( harga kos ) produk A = RM 85.00
            untung retail daripada produk A = RM 125.00

PERFORMANCE BONUS

a.k.a bonus prestasi.. haa.. nak tau downlines korang ade buat keje atau tak, korang boleh refer sini jek.. hee~ siasat, jangan tak siasat..

PERFORMANCE BONUS ni ade 2 :

  • PERSONAL BONUS ( bonus jualan individu )
  • NET PERSONAL BONUS ( bonus jualan kumpulan )

PERSONAL BONUS

dah sah jadik Pengedar Shaklee ? korang kena tau kelayakan bonus korang supaya tak bertegang urat dengan upline nanti.. hee~ secara tak lansung, produk yang kita beli untuk kegunaan sendiri ataupun untuk dijual, kita akan dapat point yang melayakkan kita dapat bonus.. ala.. kira gaji korang la.. hee~
kalau korang perasan, kat dlaam starter kita yang korang dapat masa daftar jadik ahli tu, ade senarai harga dan setiap produk ada nilai tersendiri yang kita panggil UNIT VALUE ( UV ).. UV peribadi plak dipanggil PERSONAL UV ( PUV ) dan kalau dah jadik leader, ade downlines ( anak-anak ) kita panggil GROUP UV ( GUV ).. syarat minima untuk dapat bonus bila kita dapat kumpul 150UV !! yeay !! dapat la sikit duit poket.. hee~

CARA KIRA PERSONAL BONUS SHAKLEE

Atie = SID dengan 1500PUV
Agness mendaftar sebagai SID di bawah Atie dengan 1000PUV
Mea mendaftar sebagai SID di bawah Agness dengan 500PUV

PUV Atie, Agness dan Mea masing-masing melebihi 30PUV, dan semua layak dapat bonus !! yeay !! boleh shopping..

GUV Atie = 1500 + 1000 + 500 = 3000 ( layak bonus 21% )
GUV Agness = 1000 + 500 = 1500 ( layak bonus 14 % )
GUV Mea = 500 ( layak bonus 8 % )

jadik !!

Atie dapat PERSONAL BONUS sebanyak RM 976.50
Agness dapat PERSONAL BONUS sebanyak RM 434.00
Mea dapar PERSONAL BONUS sebanyak RM 124.00

yeay !! dan mereka pun boleh shopping bersama-sama.. hahahaha~ bestkan ? nak lagi tak ? bonus seterusnya..


NET PERSONAL BONUS

untuk memastikan TIADA UNSUR PENINDASAN berlaku !! hee~ NET PERSONAL BONUS TIDAK AKAN DIBERIKAN jika upline mendapat peratusan bonus lebih rendah atau sama dengan downline-nya.. jadik !! upline memang kena keje keras berbanding downline untuk mendapatkan NET PERSONAL BONUS nih.. padan muka upline !! * sebab tu kakak cakap dalam bisnes Shaklee, upline yang keje teruk.. bukan downline.. dan downline, sila naik upline kalau nak merasa bonus kepuk kepuk.. *

NET PERSONAL BONUS ni dikira dari PUV organisasi kita sehingga generasi ke - 6 SAHAJA selagi dorang dok dalam 'personal group' kita.. dan peratusan bonus yang kita terima kaan berkurangan kalau downline kita mengambil semula HAK mereka dalam PERSONAL BONUS masing-masing..

CARA KIRA NET PERSONAL BONUS SHAKLEE

Atie = SID dengan 1500PUV
Agness mendaftar sebagai SID di bawah Atie dengan 1000PUV
Mea mendaftar sebagai SID di bawah Agness dengan 500PUV

Atie mendapat NET PERSONAL BONUS sebanyak :
  • 7 % ( 21 % - 14 % ) daripada Agness = RM 217.00
Atie mendapat NET PERSONAL BONUS sebanyak :
  • 13 % ( 21 % - 8 % ) daripada Mea = RM 201.50
Agness mendapat NET PERSONAL BONUS sebanyak :
  • 6 % ( 14 % - 8 % ) daripada Mea = RM 93.00
hah ? ape ni ? banyak nye !! hee~ nak tau lagik ??

NOTA CHENTA KITA KE HATI AWAA : sekiranya Agness atau Mea telah mendapat PERSONAL BONUS sebanyak 21 % dan melayakkan mereka menjadi leader ( supervisor ), Atie TIDAK MEMPUNYAI HAK untuk mendapatkan NET PERSONAL BONUS daripada mereka sebaliknya Atie akan mendapat LEADERSHIP BONUS..

hah ? LEADERSHIP BONUS ? apetu ?

LEADERSHIP BONUS

BONUS KEPIMPINAN yang boleh dituntut sehingga generasi ke - 6 sahaja.. lebih dari angka 6 tu, tak layak dah.. hee~ sorry..

kalau korang bukak www.shaklee2u.com, korang boleh pantau perkembangan dan prestasi downlines korang yang dah EFFECTIVE ( yang dah jadik SUPERVISOR ) sebab dorang yang dah jadik SUPERVISOR dan ke atas dimasukkan dalam kumpulan BREAKAWAY summary..

kenapa panggil BREAKAWAY ??? haa.. sebab dorang dah leader kot, dah ade organisasi masing-masing dan secara tak lansung akan terputuslah hubungan / rantaian / silaturrahim ( ini tak !! hahahaah~ ) dari segi GUV.. haa.. jadik, sebagai mentor * cececece-- * kita TAK LAYAK untuk claim NET PERSONAL BONUS macam kat atas nun tapi kita akan dapat LEADERSHIP BONUS jek daripada leader-leader yang kita dah lahirkan dalam organisasi kita..

LEADERSHIP BONUS ni hanya boleh dituntut daripada generasi PERTAMA hingga ke - 6 dalam organisasi kita jek.. ini adalah bonus terbesar dalam Shaklee sesuai dengan matlamat Shaklee untuk melahirkan seramai mungkin BUSINESS LEADER.. 

  • LEADERSHIP BONUS Senior Supervisor sehingga generasi ke - 3
  • LEADERSHIP BONUS Coordinator sehingga generasi ke - 4
  • LEADERSHIP BONUS Senior Coordinator sehingga generasi ke - 5
  • LEADERSHIP BONUS Senior Key Coordinator sehingga generasi ke - 5
  • LEADERSHIP BONUS Master Coordinator sehingga generasi ke - 6
hah ? 2 % - 5 % tu sikit ? em.. nampak macam sikit kan ? TAPI !! semakin ramai leader yang korang lahirkan, semakin banyak la LEADERSHIP BONUS korang.. hee~ amacam ? berapa orang leader yang korang nak lahirkan ni ? 10 ? 20 ? 63 ? 92 ? korang la tetap kan..

SISTEM PEMBAYARAN BONUS SHAKLEE TAK BOLEH DITIRU ?


hah ? like seriously ? sampai macam tu sekali ? dahsyat btol Shaklee nih.. banyak btol duit dorang nak bayar untuk patent kan sistem bonus dorang ni.. haish.. hee~ ye.. faktanya itu la itu.. siapa tiru sistem pembayaran bonus Shaklee ni, boleh kena saman weyh.. 


dan Shaklee belum pernah lagi gagal membuat pembayaran bonus kat ahli-ahli yang layak tau.. dah la kukuh, selamat, produk pun terbaik di dunia, sentiasa ada permintaan dan paling penting berintegriti.. sebab tu kakak sendiri boleh bertahan dengan Shaklee.. hee~

ya.. kakak suka kan persaingan tapi persaingan yang sihat.. dengan Shaklee memang tak de penindasan antara satu sama lain.. siapa pun upline ko, sape pun downline ko.. kitorang kembang bersama-sama.. tak lokek ilmu, tak lokek tips.. apetah lagik nak caras prospek atau customer.. tak de..


ntah !! kakak percaya langkah pertama yang kakak amik untuk kekal dalam Shaklee adalah langkah paling tepat yang kakak amik sebab kakak dapat ape yang kakak nak.. semua dengan Shaklee, kakak dapat realisasikan impian kakak yang dah lama tertinggal kat belakang.. korang ade impian ? tak teringin nak capai impian korang ? ke korang memang tak pernah terfikir pasal impian ? ke korang memang okay jek dengan ape yang ade sekarang ?

4 comments:

  1. kakaaakkk, terima kasih sharing kakakkk...ai lap u, shaklee is the best, kakakkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha~ hadek !!! tahniah !!! bonus kepok kepok gittew--

      Delete
  2. Wahhh thank u atiey for sharing

    ReplyDelete

Powered by Blogger.