APA KANDUNGAN VIVIX SHAKLEE SEHINGGA HARGANYA MENCECAH RATUS RINGGIT UNTUK SEBOTOL KECIL ?

bila cerita pasal Shaklee, selain pelbagai set untuk wanita, orang akan tertancap pada satu perkataan iaitu VIVIX si sirap merah ajaib.. hee~ kemahen !! nama nak grand saje.. ye.. orang akan tanya "kenapa VIVIX mahal ?" dan ini yang kakak nak ceritakan ni.. APA KANDUNGAN VIVIX SHAKLEE SEHINGGA HARGANYA MENCECAH RATUS RINGGIT UNTUK SEBOTOL KECIL ?

ni kisah lanjutan dari entri JUS ANGGUR PALING MAHAL TAPI BERBALOI, FAKTA TENTANG SIRAP AJAIB SHAKLEE dan GOODBYE KENCING MANIS yang mencecah entri paling hit selama kakak menulis.. jom la kita baca teru fakta, malas plak kakak nak merepek meraban tah pape.. korang bukan baca sangat pon.. senyum pon tak.. hee~

APA ITU VIVIX SHAKLEE ?

juga dikenali sebagai SIRAP SHAKLEE yang juga merupakan minuman kesihatan yang terdiri daripada campuran empat sumber botani iaitu :
  • anggur muscadine
  • polyganum cuspidatum
  • lobak ungu
  • elderberry
yang menjadikan Vivix supplement anti penuaan terbaik di dunia dengan pengesahan 100 % asli dan semulajadi tanpa bahan pewarna tiruan.. 

APA ITU RESVERATROL ?

resveratrol adalah sejenis antioksida - polifenol yang didapati pada tumbuhan, buah-buahan dan kekacang.. manakala kulit anggur merah mengandungi konsentrasi yang paling tinggi.. resveratrol bertindak sebagai 'sistem imunisasi' untuk memelihara sel sel daripada jangkitan virusa dan bakteria..

KESAN UTAMA RESVERATROL

  • melindungi dan mengaktifkan mitokondria - setiap sel badan mengandungi ratusan mitokondria, ia dikenali sebagai "kilang menjana tenaga" atau "loji tenaga sel".. selain daripada menjana tenaga dan menyelaras metabolisma tubuh, mitokondria juga mengawal proses tumbesaran dan kematian sel-sel dan organ-organ kita akan terpengaruh jika mitokondria mengalami sebarang kerosakan..
  • mengaktifkan gen anti-penuaan ( sirtuin 1 ) - sirtuin 1 adalah gen anti-penuaan yang membawa kesan terapeutik kepada penyakit-penyakit seperti gangguan metabolik, masalah neurodegeneratif, kanser serta penyakit kardiovaskular dan apabila gen sirtuin 1 diransangkan oleh resveratrol, ia akan :
    • mengaktifkan pertumbuhan sel yang normal dan sihat dan
    • mematikan pertumbuhan virus, bakteria serta sel-sel abnormal seperti sel kanser
    • melanjutkan jangka hayat - penyelidikan oleh Dr. David Sinclair dan ahli-ahli sains Itali memaklumkan bahawa resveratrol mempunyai kesan melanjutkan jangka hayat.
    • meningkatkan daya ketahanan - bagaimana meningkatkan daya ketahanan ? dengan resveratrol, bilangan dan fungsi mitokondria dalam sel-sel otot ditingkatkan untuk membentuk fiber otot seperti otot ahli-ahli sukan secara tak lansung daya ketahanan dapat ditingkatkan melalui proses ini..
    • membina daya ketahanan terhadap kanser :
      • FASA PERTAMA- mengurangkan kerosakan sel-sel sihat akibat serangan agen-agen karsinogenik
      • FASA PERTUMBUHAN - mengaktifkan gen Sirtuin 1 untuk menghalang pertumbuhan sel-sel kanser
      • FASA PERTUMBUHAN PESAR - mempercepatkan kadar kematian sel-sel kanser

VIVIX SHAKLEE TAHAN BERAPA LAMA ?

kandungan dalam sebotol Vivix adalah 150ml dan ia adalah cecair warna merah pekat yang mempunyai rasa sedikit masam - manis - kelat.. hah ? macamana rasanya tu ? hee~ kakak pun tak tau cemana nak explain tapi lebih kurang gitu la rasanya..

sebotol Vivix boleh tahan dua bulan ATAU lebih bergantung pada cara pengambilan sebenarnya.. mengikut kesesuaian penyakit dan masalah yang dihadapi.. ye.. sebotol cinonet tu boleh tahan lama sebab makan pun sikit sikit jek, bukannya tonggang sebotol macam kita minum air berkarbonat tu..

walaupun ade jek SID yang memang suka dangat dengan Vivix dan tindakbalas Vivix terhadap tubuh badannya sampai boleh habis sebotol sehari, tapi seeloknya ikut cara pengambilan yang disyorkan.. takut nanti semua sel sel badan terkejut.. haa.. jangan di cuba cuba ya..

SIAPA KENA CONSUME VIVIX SHAKLEE ?

kalau ikutkan, semua pun boleh jek nak amalkan Vivix nih tapi siapa yang sakit diberi keutamaan untuk menyelesaikan masalah kesihatan dengan memperbahrui sel sel yang dah mati atau rosak di dalam badan..


KELEBIHAN VIVIX SHAKLEE

  • menggalakkan penuaan yang lebih sihat, awet muda dan anti penuaan
  • membantu mengelakkan kanser - memberi tenaga melawan kanser, merencatkan sel kanser dari terus merebak
  • menurunkan risiko sakit jantung dengan melindungi jantung dan menggalakkan jantung bekerja dengan lebih efisyen
  • mengawal tekanan darah
  • mengurangkan komplikasi kencing manis / diabetis
  • menyokong kesihatan sendi dan saraf termasuk bell parsy
  • melambatkan simptom azhameir
  • membantu pesakit parkinson
  • membantu mempercepatkan pemulihan pesakit strok dan angin ahmar
  • meningkatkan kekuatan sistem imun 
  • menyahtoksin dari badan dan membantu mengurangkan habit merokok
  • menggalakkan kesihatan keseluruhan badan
  • mencantikkan dan meremajakan kulit
  • membantu proses menurunkan berat badan dan detox dengan lebih berkesan

FUNGSI DAN CARA VIVIX BERTINDAK

1 : MEMPERBAIKI SEL DNA
  • setiap saat, setiap sel badan kita silih berganti dan ada yang setiap 30 hari, ada pula yang setiap 60 hari.. proses ini adalah normal namun DNA kita mungkin mengalami kerosakan akibat radikal bebas yang menyebabkan proses penuaan menjadi lebih cepat sebelum waktunya..
  • Vivix sangat sesuai diambil untuk membantu memulihkan pesakit kanser dengan mengembalikan sel yang telah mati dan rosak kepada sel yang kuat dan sihat..
2 : PENGAWALAN GENETIK / PENUAAN
  • pengawalan genetik menyumbang kepada kemerosotan umur sel dan ujian klinikal yang telah dilakukan berjaya membuktikan ramuan Vivix telah mengaktifkan datu kawalan genetik utama dan hasilnya melambatkan penuaan di tahap sel..
3 : MEMPERBAIKI TENAGA SEL
  • mitochondria adalah penjana tenaga di dalam sel jika peranan mitochondria menurun, tenaga sel turun menurun.. jadi sel jadi tidak bertenaga untuk melawan penyakit juga melakukan fungsi fungsi normal..
  • fungsi Vivix adalah menggalakkan pembetukkan tenaga baru mitochondria seterusnya membantu meningkatkan tahap tenaga di dalam sel juga.. kesannya, fungsi otak, sistem kardiovaskular, imun dan sendi juga berfungsi lebih efisyen..
4 : PENIMBUNAN PROTIN AGE
  • protin AGE adalah bendasing yang terhasil akibat dari lebihan GULA dan protin.. penimbunan berlebihan protin AGE boleh menyebabkan kerosakan sel dan mempengaruhi keutuhan sel dan jangka hayat sel.. ramuan Vivix dengan 10 kali ganda lebih kuat dari hanya resveratrol berjaya melambatkan pembetukan protin AGE..
nah !! tengok ni.. ahli sukan yang hampir lumpuh yang telah mendapat manfaat dari Vivix Shaklee..


BERAPA HARGA SEBOTOL VIVIX SHAKLEE ?

harga sebotol Vivix ialah RM 485.00.. mahal ke ? hee~ boleh tahan berpeluh jugak la kalau dah tau harga macam tu kan ? chill.. baca dulu, jangan buat andaian sewenangnya sebab kakak ade cara untuk korang dapat harga lebih murah dari itu !! caranya ? ya.. pandai !! dengan jadi ahli Shaklee, korang akan dapat penjimatan sehingga 20 % !! * okay.. sekarang boleh kira kira berapa harga ahli untuk sebotol Vivix.. hee~ *

nak jimat lagik ? haa.. amik 2 botol terus dan korang layak dapat FREE membership, FREE postage dah tu siap dapat bonus lagik pada bulan berikutnya.. haish.. dah habis best tu..

nak tau kelebihan jadi ahli Shaklee ? 
dah ready nak jadi ahli dan dapatkan pelbagai manfaat lain yang disediakan oleh pihak Shaklee ? haa.. boleh bukak SINI untuk booking tempat korang.. dan kalau ade pape pertanyaan lanjut, boleh terus whatsapp kakak kat 017 309 1865..

2 comments:

  1. Banyak-banyak produknya Vivix ni kakak belum pernah consume lagi
    Teringin juga nak rasa.

    ReplyDelete
  2. mahal tapi berbaloi, tapikan ada jer produk lain tanpa rujukan kajian, tanpa patern [ehtu lagi mahal boleh jer orang beli. Pelik juga bila fikirkan

    ReplyDelete

Powered by Blogger.