NAK ZURIAT TAPI TAK TAU SPERMA SIHAT KE TAK ?

lepas halal dinikahi atau menikahi, pasangan mana yang tak nak kan zuriat sebagai penyambung warisan.. kan ? ada tu yang nak kan zuriat secepat yang mungkin dan ada juga yang merancang atas alasan masing-masing.. hee~ ada pula mna yang memang nak sangat zuriat tapi BELUM ada rezeki, mesti pelbagai kerisauan bermain kat otak fikiran.. kan ?



kalau dulu, orang zaman dulu selalu memomokkan "wanita mandul".. itu dulu la.. ni dah 2015 pun.. dan korang tau tak yang lelaki / para suami juga mampu menjadi penyumbang kepada kes lambat dapat zuriat disebabkan masalah ketidaksuburan lelaki ? haa.. mesti tak pernah terfikirkan ?


KORANG TAU TAK ?


hampir 40% daripada kes sukar mendapat zuriat adlaah disebabkan oleh pasangan lelaki ? hee~ jangan nafikan ya.. ini adalah menerusi kajian.. ketidaksuburan berpunca daripada kualiti sperma yang rendah serta bilangan sperma yang tidak mencukupi untuk menembusi dinding ovum isteri.. dan.. FAKTA mengatakan : titisan air mani yang sihat harus mengandungi 40 juta sperma yang SIHAT untuk menjadikan proses persenyawaan SUCCESS !!


KORANG TAU TAK ?


antara punca yang merosakkan kualiti sperma suami adalah :

  • merokok
  • tidak mengamalkan pemakanan yang sihat
  • tidak bersenam
  • peminum alkohol
  • gaya hidup yang tidak sihat

nah !! ce try semak.. kot kot ade yang mengena ke.. hee~ kalau ade nak buat cane plak kan ? jom kita cek kat bawah ni plak..

ada 6 cara yang disarankan bagi mengatasi masalah ketidaksuburan lelaki..

  • tingkatkan pengambilan makanan yang kaya dengan unsur zat besi ( zinc ) seperti tiram.. selain tu boleh juga jadikan daging kambing, daging lembu, kekacang dan marjerin yang dihasilkan dengan menggunakan minyak bunga matahari.. paling nak senang ? ade.. TOMATO.. tomato mengandungi unsur lycopene yang mampu meningkatkan bilangan sperma.. 

  • amalkan pengambilan vitamin dan herba yang boleh meningkatkan penghasilan sperma seperti vitamin C dan vitamin E kerana ianya mampu meningkatkan penghasilan keupayaan sperma untuk berenang dan bergerak.. bagi herba pula korang boleh terus ke farmasi dan cari supplement yang kaya dengan maca, ginko biloba, muira puama atau horny goat weed ( epimedium )

  • senaman kegel bukan senaman yang asing untuk wanita tapi macam pelik kan bila lelaki buat senaman kegel.. hee~ cane tu ? senama kegel ialah senaman mengemut otot PC ( otot ketika menahan kencing ).. bukan jek mampu menambah isipadu pancutan sperma, malah dapat memberi kemampuan dari menahan dan mengawal pancutan air mani ketika bersama isteri..

  • pastikan anda banyak mengambil air kosong masak bagi mengelak sel sel dalam badan menjadi kering.. pengambilan air kosong masak adalah sekurang-kurangnya 2 liter sehari.. elakkan minum minuman yang mengandungi kafien kerana ia akan membuatkan sel-sel sperma terhidrasi ( kehilangan air dalam sel )..

  • aktiviti intim bersama isteri juga dapat membantu meningkatkan kebarangkalian agar persenyawaan sperma suami dan ovum isteri dapat bersatu.. han !! bila dah berpotensi, peratusan untuk isteri hamil adalah tinggi.. hee~ kenapa kena kerapkan ? sebab sel sperma hanya mampu bertahan dan subur setiap 24 - 36 jam SAHAJA.. selepas tempoh tersebut, sel-sel sperma akan 'dikitarsemula' dan akan menghasilkan semula sel sel sperma yang baru kerana ianya hanya mencapai tahap kematangan 24 - 36 jam seterusnya..

  • kerap bersenam ? hee~ bersenam bukan suruh jadi ahli sukan yang mewakili negeri atau negara tapi sekadar untuk memlihara kesihatan.. cukup sekadar jogging pada waktu pagi dan petang.. 15 minit untuk satu sesi..senaman mampu meningkatkan kadar pengaliran darah ke bahagian zakar serta meningkatkan tahap testosterone.. dan yang pastinya.. senaman sangat baik untuk kesihatan seksual !!


KORANG TAU TAK ?


vitamin E Shaklee merupakan supplement yang disarankan untuk para suami.. bukan jek untuk mematangkan dan menyihatkan sperma tapi untuk kesihatan dalaman sebab vitamin E adalah sumber antioksidan terbaik dan mampu melindungi sel sel badan manusia daripada rosak..


KENAPA VITAMIN E SHAKLEE ?


sebab ianya semulajadi.. hee~ jom kita tengok apa kandungan utama vitamin E Shaklee yang membuatkan ianya menjadi perbualan.. 


SELENIUM 

  • memainkan peranan penting dalam meningkatkan metabolisme serta mencegah kanser prostat pada lelaki.. antara sumber makanan yang mengandungi tinggi selenium adalah kekacang, ikan tuna, ikan kod, daging serta bijirin..

EKSTRAK BIJI ANGGUR
  • ia berasal daripada biji anggur merah yang diekstrak minyaknya dan berkesan dalam melancarkan sistem peredaran darah, mengurangkan kadar kolesterol jahat ( LDL ), mengurangkan bengkak disebabkan kecederaan serta bertindak sebagai anti oksidant.. paling best sebab ekstrak biji anggur ni mampu mengurangkan risiko kanser..



pasangan yang lama berusaha untuk mendapatkan cahaya mata, pengambilan vitamin E boleh juga menjadi satu ikhtiar untuk mendapatkan zuriat yang diimpikan selama ini.. in shaa Allah, dengan doa dan tawakkal kepada Allah SWT ia akan membuahkan hasil satu hari nanti..

suami korang merupakan perokok tegar ? hee~ risau dengan kualiti sperma suami ? ye la.. dah lama sangat dinikahi tapi belum dikurniakan zuriat.. jom ikhtiar dengan cara yang sihat.. 


kakak akan consult korang..



LOVE ;


No comments:

Powered by Blogger.